
Kelesuan dan Daya Tahan berkaitan dengan wabak COVID
Penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan peningkatan tekanan dalam kalangan masyarakat seperti ketakutan keberjangkitan, keengganan untuk meninggalkan rumah , dan peralihan kepada berkerja dari rumah. Tekanan ini secara kolektif dikenali sebagai “kelesuan berkaitan dengan wabak COVID.” Bagi mengurangkan rasa kelesuan berkaitan dengan wabak COVID ini, kami menumpukan perhatian pada konsep daya tahan.

Pengenalan kepada Penyelidikan
Semasa wabak COVID-19 lagi tersebar di seluruh dunia, kami telah melancarkan sebuah projek bernama RE-COVER (Resilience to COVid-19 in Each Region) untuk mengkaji tentang kelesuan dan daya tahan berkaitan dengan wabak COVID di pelbagai buah negara di seluruh dunia. Daya tahan merupakan satu konsep berhubung dengan kemampuan seseorang individu untuk kembali pulih daripada sesuatu krisis atau kemampuan seseorang individu untuk mengatasi sesuatu kesukaran dan berkembang melaluinya. Matlamat projek ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang dapat membantu masyarakat umum untuk mengatasi wabak COVID-19 dan berkembang melalui pengalaman ini.
Halaman ini membentangkan penemuan projek RE-COVER, termasuk hasil dari empat buah negara serta maklumat lain yang berkaitan dengan wabak COVID-19.
Ahli Penyelidikan
RE-COVER merupakan sebuah projek penyelidikan yang sedang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik dari beberapa buah negara. Kami sedang menjalankan tinjauan di negara Jepun, China, Amerika Syarikat, dan Malaysia. Sekiranya anda berminat untuk bekerjasama dengan pihak kami, sila hubungi kami. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan pihak anda bagi meningkatkan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia.

Our Projects
論文が採択されました(Article Accept!)
...
研究データを公開しています(Research data is available)
私たちの研究データを公開しています(https://osf.io/p56ga/) Our...
論文が採択されました(Article Accept!)
収入の減少と外出自粛の影響がコロナ恐怖と精神的健康に与える影響を検討しました! We...
Contact

Amabie
Amabie merupakan yokai legenda Jepun (makhluk ghaib). Ianya dikatakan bahawa lukisan gambar Amabie boleh mencegah penyebaran sesuatu wabak. Oleh itu, kami telah memuatnaik gambar Amabie di laman web ini. Anda boleh memuat turun dan menggunakannya secara percuma. Ilustrasi ini dilukis oleh Cik A.
Kaho Iguchi(University of Tsukuba, Graduate School of Comprehensive Human Sciences,Master’s Program in Art,master’s first Year)